i'm so tired |
Selasa, September 11
how to create a directory or folder
For microsoft window users can create a folder in several different ways.
My computer :
To delete directories :
My computer :
- Open my computer or window explorer.
- Open the drive you wish to create folder on , e.g the c : drive.
- If you do not wish to create a folder in the root directory, browse to the location you wish to create a folder, and then click file, then folder; or right click on a blank portion of the folder, click New and click folder.
To delete directories :
- Click Open my computer or Window explorer.
- Navigate to the parent directory that contains the folder you wish to delete.
- Highlight the name of the folder you wish to delete.
- Select the 'delete' option from the 'file' menu.
- click 'yes'.
melayu islam beraja
Pengisytiharan dan takrif falsafah Melayu Islam Beraja
Sempena menyambut dan meraikan hari kemerdekaan ini Kebawah
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal
Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan Brunei ke-29, telah berkenan membuat
pengisytiharan kemerdekaan Negara Brunei Darussalam. Dalam penisytiharan
kemerdekaan ini baginda juga menekankan untuk menjadikan negara ini sebagai
sebuah NEGARA MELAYU ISLAM BERAJA. Di antara lain kandungan titah
penisytiharan kemerdekaan pada 1 Januari 1984 itu berbunyi:
“…Negara
Brunei Darussalam adalah dengan izin serta limpah kurnia Allah subhanahu wataala akan untuk selama-lamanya kekal
menjadi sebuah negara Melayu Islam Beraja yang merdeka, berdaulat dan
demokratik, bersendikan kepada ajaran-ajaran ugama islam menurut Ahlus Sunnah
Wal-jemaah dan dengan berasakan keadilan, dan amanah, dan kebebasan dan dengan
petunjuk serta keredhaan Allah Subhanahu Wataala jua dan akan sentiasa berusaha
pada memperolehi ketenteraman dan keselamatan, kebajikan dan kebahagiaan bagi
rakyat beta…”
Sejak dimasyhurkan tarikh kemerdekaan tersebut berbagai-bagai usaha
telah dilakukan untuk memasyarakatkan Melayu Islam Beraja. Pada permulaannya
ungkapan Melayu Islam Beraja ini hanya dipandang sebagai satu konsep atau
gagasan. Oleh itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji
Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah telah berkenan untuk menubuhkan sebuah
badan di peringkat nasianal untuk memperjelaskan konsep Majlis Tertinggi
kebangsaan. Badan ini kemudiannya dinamakan Majlis Tertinggi Kebangsaan Melayu
Islam Beraja.
Melayu Islam Beraja adalah falsafah kenegaraan Negara Brunei Darussalam. Ia membawa erti bahawa Negara Brunei
Darussalam adalah sebuah Negara Melayu yang berpandukan kepada akidah Islam
dengan Raja (Sultan) menjadi pemerintah tertinggi negara.
Penyataan ini membawa pengertian bahawa Melayu Islam Beraja bukan
hanya semata-mata satu konsep atau gagasan tetapi adalah sebuah falsafah
kenegaraaan; bukan falsafah kemasyarakatan, bukan falsafah kekeluargaan dan
bukan falsafah persendirian atau individu. Ini bermakna semua orang wajib
menghayati falsafah ini dalam apa jua urusan yang bersangkut paut denagan
kepentingan kenegaraan.
Dalam urusan lain yang tiada kaitan dengan kepentingan kenegaraan
setiap individu keluarga dan kemasyarakatan masih mempunyai kebebasan untuk
bertindak mengikuti apa yang difikirkan baik bagi masing-masing.
Melayu Islam Beraja adalah tiga unsur komponen penting atau intergral. Ertinya tiga komponen
itu saling mengukuhkan antara satu dengan yang lain dan tiada satu pun yang
dapat berdiri sendiri. Keriga-tiganya teradun sebati serta tidak dapat
dipisah-pisahkan lagi. Jika kesepaduan dan kesebatian berkecai maka semuanya
akan hancur luluh dan tidak bermakna lagi.
Pengertian MIB mencakup tiga landasan pokok iaitu Melayu, Islam dan
Beraja. Pengertian ketiga konsep dasar tersebut melalui huraian masing-masing.
Istilah Melayu memiliki berbagai macam definisi seperti oleh
ilmuwan Van Roneki iaitu, “… bangsa Melayu ialah orang yang bertutur bahasa
Melayu dan mendiami Semenanjung Tanah Melayu.
Sementara itu , pengertian Melayu berdasarkan konteks MIB adalah bangsa Melayu yang termaksub dalam
konstitusi Brunei Darussalam tahun 1959 iaitu 7 puak yang tinggal di
Brunei iaitu: Melayu Belait, Melayu Bisaya, Melayu Brunei,
Melayu Dusun, Melayu kedayan, Melayu Murut, dan Melayu Tutong.
Hak bangsa Melayu yang terdiri dari tujuh puak jati bangsa Melayu
dengan nilai-nilai luhur kebudayaan Melayu yang dinamik dan dominan menjadi sandaran
kehidupan beraja, berkeluarga, bermasyarakat, berbangsa dan bernegara. Dalam
hal ini yang penting ialah bangsa Melayu dan orang Brunei amnya yang
nilai-nilai kebudayaannya luhur, dinamik dan dominan. Nilai kebudayaan bererti
semua hal perilaku yang baik-baik dan telah menjadi warisan turun –temurun.
Perkataan luhur bermakna yang membawa kepada kesejahteraan. Sifat dinamik
bererti yang membawa kepada kemajuan dan kejayaan. Dominan pila bermaksud yang
menjadi amalan sebahagian besar ahli masyarakat.
Dalam titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan
dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 21 Julai 1990, baginda
menyebut salah satu unsure yang menepati ciri-ciri di atas iaitu bahasa. Baginda menegaskan bahawa bahasa Melayu
adalah satu-satunya alat perpaduan yang paling efektif atau berkesan. Tanpa
bahasa ini orang Brunei tidak akan mempunyai identiti dan tidak dikenali
sebagai satu bangsa yang berdaulat. Kalau orang Brunei terikut-ikut dengan
keolahan bangsa lain, maka hilanglah cirri kebruneian yang sejati.
Islam adalah agama rasmi negara menurut Ahlus Sunnah Wal-Jema’ah
iaitu mengikut Mazhab Imam Syafi’e yang dihayati menjadi cara hidup yang
lengkap, sempurna dan unggul. Ahlus Sunnah adalah orang seluruh hidupnya
berpandu kepada tingkah laku rasul Allah, baik dari segi pemikiran, perkataan
mahupun perbuatan. Jema’ah maksudnya himpunan. Dengan itu, akidah Ahlus Sunnah
Wal-Jema’ah bererti tata kehidupan yang berpandukan Al-Quran dan hadis yang
menjadi amalan satu jemaah atau satu kumpulan ummah yang besar bilangannya.
Pada 21 Julai 1990, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda
Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam pernah menegaskan dalam titah
baginda bahawa penghayatan Islam seperti yang tersebut telah menjamin keselamatan dan kesejahteraan untuk semua.
Inilah yang menjadi landasan cara hidup umat Islam di negara ini kerana
tatahidup ini lengkap, sempurna dan unggul.
Syukur dengan izin Allah Subhanahu Wataala jua Brunei Darussalam
menjadi satu negara yang aman makmur dan damai semenjak pemerintahan yang
berdaulat daripada Sultan-sultan yang terdahulu lagi. Dari pemerintahan Sultan
yang pertama iaitu Sultan Muhammad Shah sehinggalah pada masa ini Sultan Haji
Hassanal Bolkiah, Brunei terkenal dengan pegangan Islam yang sangat kuat.
Negara Brunei Darussalam sangat terkenal dengan kekuatan falsafah
negara oleh seluruh dunia, berlandaskan falsafah negara iaitu konsep MIB
“Melayu Islam Beraja”. Kemakmuran rakyat, serta kesejahteraan seluruh
penduduknya sangat menjamin perpaduan dan keamanan dengan pimpinan di bawah naungan Kebawah Duli Yang
Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izudddin
Waddaulah. Dengan konsep Melayu Islam Beraja ini jua Negara Brunei dapat
membangun dengan masyarakat yang sihat dengan membekalkan keislaman yang murni.
Walaupun terdapat beberapa puak dan juga rakyat yang bukan beragama
Islam, namun atas kesetiaan mereka pada Sultan dan Negara, ianya tetap mendapat
kesepaduan. Ini semua atas di bawah kebijaksanaan pemerintahan Sultan yang
mentadbir. Dan ini juga Berkat falsafah Melayu Islam Beraja itu sendiri yang
membentuk dan sebagai penentu calak kebruneian.
Mungkin ada diantara kita masih mengingati peristiwa kemerdekaan
yang mana dari titik itu penegakkan Melayu Islam Beraja bermula. Semasa giliran
Almarhum Sultan Omar Ali Saifuddien untuk memberi titah, kesunyian yang begitu
kuat meliputi taman. “ALLAH HU AKBAR!!!” laung Baginda. Semua orang hadir
menyahut sahutan Baginda serta mangangkat tangan ke udara. Tiga kali sahutan
tersebut, tiga kali laungan “ALLAH HU
AKBAR!!” seperti guruh yang turun di langit mengegar bumi Brunei. Ada yang
penuh bersemangat menitis air mata ketika bersuara, ‘Brunei sudah merdeka’,
Sistem Beraja adalah satu sistem tradisi Melayu yang sudah lama
wujud Sejak terdirinya kerajaan Melayu Brunei. Sultan di dalam Institusi Beraja
memerintah dan menjadi ketua negara dan seterusnya menjadi ketua pentadbir bagi
pentadbiran dan pengurusan negara dan kerajaan. Kuasa Sultan yang telah
dinyatakan dibawah Perlembagaan adalah seperti berikut:
“…
Kuasa memerintah yang tertinggi bagi Negara Brunei Darussalam adalah terletak
di dalam tangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan
Yang Di-Pertuan…”
Pemerintahan beraja di mana Sultan selaku pemimpin dan penaung
rakyat. Baginda adalah memegang amanah Allah Subhanahu Wataala bagi menjalankan
kuasa tertinggi memerintah negara. Pernyataan ini membawa maksud bahawa yang
menjadi tunjang kepada negara peranan sultan sebagai pemimpin rakyat ialah
amanah Allah Subhanahu Wataala.
Negara Brunei Darussalam sudah mengamalkan sistem beraja ini
smenjak kurun yang ke-14 lagi. Dan Raja atau Sultan yang dilantik ialah
berdasarkan keturunan sultan-sultan sebelumnya. Dan di Brunei adalah syarat
juga sultan yang memerintah mestilah berugama Islam. Selain dari itu dalam
konteks Melayu Islam Beraja ini Raja atau Sultan bukanlah sebagai lambang
negara ini sahaja, malahan raja adalah berkuasa penuh memerintah Negara ini
mengikut lunas-lunas Islam berpandukan Ahlus Sunnah Wal-Jema’ah dan mengambil
berat hal ehwal rakyat dan kemakmuran Negara ini serta mempunyai wawasan bagi
menstabilkan dan memajukan negara ini.
Demikian tafsiran Melayu Islam Beraja sebagai falsafah kenegaraan
Negara Brunei Darussalam yang disokong dengan beberapa fakta sejarah
menunjukkan keunggulan falsafah ini dalam mengekalkan Brunei dengan identitinya
sendiri hingga hari ini.
Isnin, September 10
Langgan:
Catatan (Atom)